Kerapuhan Melayu dan Kebijaksanaan Coca Cola (Islamic Parenting Network )

Pernah dengar tentang Coca Cola dan kontroversinya yang menghina Islam serta keraguan dalam kandungannya?

Saya akan kaitkan isu ini dengan apa itu Malaygraphic. Kenapa kita mesti tahu?

Supaya kita dan anak-anak kita belajar bagaimana mengatur strategi dalam apa jua hal untuk berjaya. Information is power..

Mungkin ramai yang tahu tentang apa itu demographic, maka untuk memahami apa itu Malaygraphic ianya sudah jadi mudah. Ia adalah segala data yang terkumpul tentang orang Melayu dari cara mereka berfikir, cara mereka bertindak, kelemahan, kekuatan, kelebihan, kekurangan orang Melayu dan sebagainya.
Percaya atau tidak jika saya katakan syarikat-syarikat besar dunia sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk mengetahui tentangnya kerana orang Melayu merupakan kunci kepada kejayaan pemasaran apa saja produk mereka di Malaysia? Mengikut Jabatan Perangkaan 2010, populasi Malaysia adalah pada 28.3 juta dan 14.1 juta adalah Melayu. Orang Barat tidak perlu berada di Malaysia untuk mengatur strategi menembusi dan mempengaruhi kehidupan orang Melayu dalam apa hal sekali pun. Cukup sahaja mereka mengetahui maklumat tentang Malaygraphic ini.
Jangan terperanjat jika mereka lebih mengenali orang Melayu lebih daripada orang Melayu itu sendiri.
Antara maklumat dalam Malaygraphic itu adalah..
1. Melayu sangat mudah tertarik dengan promosi dan tawaran hebat berbanding kaum lain
2. Lebih kuat terpengaruh dengan mesej pemasaran terutama yang melibatkan artis/selebriti-Malay ara more star struck.
3. Menurut data, 24% dari responden adalah ‘die-hard fan’ kepada selebriti sedangkan kaum Cina 17% sahaja daripadanya yang jenis begitu.
4. Dalam masa 6 bulan kajian, purata perbelanjaan bagi orang Melayu yang melihat produk yang didutakan dengan artis, akan meningkat kepada purata RM311 seorang/bulan, berbanding cuma RM240 seorang/bulan sahaja bagi orang Cina. Nampak kecil.. cuma perbezaan RM71.00 sahaja utk seorang yang berbangsa Melayu berbanding seorang yang bangsa Cina. Tetapi oleh kerana kita adalah populasi terbesar RM71 x 14 juta orang Melayu = ?

Itu baru maklumat tentang kesan artis/selebriti. Ada banyak lagi maklumat lain yang dikaji tentang kita hingga ianya sangat terperinci dan diperincikan dengan bukti data. Maka kita tidak boleh berpura pura atau berlagak hipokrit mengatakan kita adalah begitu begini kerana tindakan lebih kuat dari kata-kata. Ianya terserlah dengan maklumat data yang dikumpulkan mereka tentang tindakan kita. Dan data inilah digunakan oleh Coca Cola untuk menutup kontroversi mereka itu.

Bagi saya maklumat tentang Malaygraphic ini adalah penting untuk kita mengetahui siapa kita di kaca mata orang lain. Belajar dari kelemahan dan kekurangan sendiri dan menggandakan kekuatan dan kelebihan yang ada. Semoga kita dapat melatih anak kita melakukan yang sama, menjadi orang yang berilmu tentangnya. Ilmu dan maklumat itu adalah 2 perkara yang berbeza tetapi mempunyai kepentingan yang sama. Jika punya maklumat, seorang yang ‘BERILMU’ boleh menggunakannya bagi mengatur strategi untuk kepentingan ummah tetapi jika ianya adalah ‘KURANG BERILMU’, maklumat itu bagai satu pengetahuan yang tidak berguna. Maka jadilah mereka sebahagian dari maklumat dan bukan orang yang memanfaatkan maklumat. Juga, jika seseorang itu berilmu tetapi tidak bermaklumat, ia sama saja kosongnya. Maaf jika terlalu berfalsafah..
Berbalik tentang isu Coca Cola..
Syarikat Coca Cola, sudah berada di Malaysia sejak 75 tahun dahulu. Group Manager Jabatan Integrated Marketing mereka untuk North & South East Asia termasuk Malaysia, Singapore dan Brunei, Mr Rommel Fuentebella berkata, kempen promosi Coca-Cola mereka mensasarkan ‘Generasi Muda Melayu di Malaysia’. Ini bermakna strategi dan dana pengiklanan mereka akan dilaburkan untuk masuk mempengaruhi sasaran ini. Kata beliau..

“The key thing that stands out for us is that the Malay Youth are full of optimism about what they can do and what the future holds for them. More so with the progress is happening in Malaysia..” 

Dari maklumat tentang Malaygraphic ini, mereka memulakan kempen pengiklanan mereka dengan melantik artis terkenal bagi anak muda iaitu Tomok untuk kempen “Buka Semangat” yang dilancarkan di TV3 pada bulan September tahun lepas. Ini diikuti dengan follow up lain dalam strategy pengiklanan mereka. Segala yang berkaitan dengan branding, positioning, marketing dan lain-lain semuanya berlandaskan kepada objektif yang telah ditetapkan iaitu fokus kepada generasi muda bangsa Melayu.
Hasil dari kempen ini.. orang kita melupakan kontroversi tentang mereka. Ia cuma jadi sejarah masa lalu.. Kita mula menerima mereka dan produk mereka kembali. Dan hasilnya, jumlah jualan syarikat ini meningkat. Kes study terkini tentang orang Melayu yang agak menarik bukan?
Kata Imam Ghazali..
“Jika Mahu Melihat Masa Depan Sesebuah Negara, Maka Lihatlah Keadaan Anak Mudanya Pada Hari Ini”
Begitu mudah mereka menawan hati anak muda zaman sekarang. Bagaimana pula zaman dimana ANAK KITA pula yang menggantikan mereka-mereka ini?

InsyaAllah saya akan cuba kongsikan bagaimana kempen ‘Buka Semangat’ ini menjadi sangat berkesan di Islamic Parenting Network pada minggu depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: